IRENE ANAK JOHN
D20191088838
- MERANCANG PERSEDIAAN PENGAJARAN
Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut fasa dan turutan persediaan yang rapi sebelum memulakan kerja amat dititikberatkan bagi memastikan setiap hasil atau produktiviti yang diperolah berkualiti dan menepati objektif yang telah disasarkan. Merancang persediaan mengajar dapat membantu melicinkan kegiatan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat pelbagai kemungkinan yang akan dilakukan di dalam bilik darjah yang berkemungkinan akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan kelas berjalan dengan lancar, para guru haruslah bersiap sedia atau memersiapkan diri sebelum memulakan tugas mengajar di dalam kelas. Perancangan persediaan pengajaran mempunyai tiga komponen penting iaitu persediaan, penyampaian dan penutup. Dari segi persediaan, guru biasanya menggunakan kaedah set induksi sebagai pra permulaan proses mengajar. Teknik pengajaran yang dijalankan mengikut kaedah pengajaran yang dipilih. Dari segi penyampaian pula, para guru melakukan teknik pengajaran yang berselang seli dengan bercerita dan sesi soal jawab bersama pelajar. Dari segi penutupan, guru akan membuat rumusan serta memberi kerja rumah kepada para pelajar untuki membuat penilaian terhadap pemahaman pelajar berdasarkan topik yang telah diajar.
Dalam pembelajaran, guru haruslah mempelbagaikan teknik mengajar di dalam kelas supaya pelajar tidak mudah berasa bosan di samping untuk menarik minat pelajar untuk belajar di dalam kelas. Unsur kepelbagaian perlulah dititikberatkan dalam mempelbagaikan teknik mengajar. Sebagai contoh belajar sambil bermain, penggunaan media ektronik, teknik bercerita dan boneka. Kepelbagaian teknik ini tidak khusus kerana setiap matapelajaran tidak mempunyai kaedah yang tertentu untuk digunakan untuk mengajar. Bukan itu sahaja, sesetengah matapelajaran tidak memerlukan kaedah khusus untuk digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perkara yang paling diutamakan adalah untuk pelajar memahami setiap perkara yang diajar oleh guru di dalam kelas. Contohnya, matapelajaran Bahasa Melayu tidak mempunyai kaedah yang tertentu untuk digunakan oleh guru untuk mengajar pelajar terutama sekali dalam bahagian tatabahasa. Pelajar haruslah belajar dengan lebih tekun dan fokus di dalam kelas kerana Bahasa Melayu tidak mempunyai rumus untuk memudahkan pemahaman pelajar mengenai tatabahasa. Dalam mempelbagaikan teknik mengajar, faktor seperti masa, jumlah pelajar, bahan dan tahap kesukaran amat dititikberatkan sebelum sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Hal ini dikatakan demikian kerana kebolehfahaman pelajar adalah berbeza-beza. Tidak semua pelajar dapat mengangkap segala perkara yang diajar oleh guru dengan cepat. Terdapat juga segelintir pelajar yang lemah dalam pembelajaran maka, usaha guru untuk memeastikan pelajar faham sesebuah topik haruslah digandakan. Sekiranya pelajar terlalu ramai di dalam kelas, guru perlu menggunakan speaker dan mic untuk mengajar. Terdapat juga guru yang menggunakan kaedah laser di dalam kelas sambil berjalan mengelilingi ruang kelasbagi memastikan pelajar memahami segala informasi yang disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah.
Penglibatan pelajar membawa erti perbuatan atau hal yang melibatkan diri dalam sesuatu perkara. Dalam sesi pengajaran dan pembalajaran, penglibatan pelajar amatlah penting kerana hubungan dua hala antara guru dan pelajar dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Pelajar perlulah bersikap lebih mesra dan terbuka dengan guru bagi menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih kondusif. Guru pula perlulah bersikap lebih profesional dan lebih memahami pelajar. Bukan itu sahaja, guru perlulah berfikiran lebih kreatif dalam mengendalikan suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar pelajar lebih minat dan tertarik untuk melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Interaksi antara pelajar dan guru amatlah penting bagi menghangatkan lagi aktiviti pembelajaran seterusnya menjadikan pelajar lebih memahami segala konten yang diajar oleh guru di dalam kelas. Penglibatan pelajar secara menyeluruh dapat membantu pelajar dari segi pemahaman mereka terhadap sesuatu matapelajaran sekaligus dapat merapatkan hubungan antara guru serta pelajar di dalam kelas. Penglibatan pelajar yang menyeluruh di dalam kelas dapat meningkatkan lagi interaksi antara guru dan pelajar kerana pelajar akan lebih kerap bertanya soalan, mengajukan pendapat, berhujah dan membantu rakan dalam sesuatu metapelajaran.
RUJUKAN
- https://www.slideshare.net/kuantee/kepelbagaian-teknik-pengajaran-berkesan/
- https://pedagogi-pendidikan.blogspot.com/2013/06/persediaan-mengajar.html
- https:// www.ukm.my/jurfpend/JPM 38(2)2013/1mohdadli.pdf/
- https://sites.google.com/site/jerlunab/peranan-guru-dalam-pengurusan-bilik-darjah
No comments:
Post a Comment