Tuesday, 21 July 2020

CIRI PENGURUSAN PEMBELAJARAN

SITI NORSUHAIDA BINTI MOHD MAZANI
D20191088738

Pengurusan adalah suatu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber yang lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. (Jamilah abdul hamid, norashimah ismail, 2005). Definisi pembelajaran merujuk kepada suatu proses interaksi didalam kelas antara pendidik denga pelajar. Pengurusan merupakan aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya(atau tabii) sudah dikenalpasti(Ahmad Mahdzan.2004). Manakala, menurut Robbins (1982) pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan unutk mencapai matlamat. Menurut Morris L. Bigge, (1982) pembelajaran merujuk kepada beberapa perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil daripada pengalaman dalam situasi yang tertentu.

Antara ciri-ciri pengurusan pembelajaran ialah peranan guru dalam mengurus pembelajaran. Guru perlulah mengetahui kategori pelajar yang berada di dalam bilik darjah. Hal ini kerana pelajar mempunyai perbezaan daripada pelbagai latar belakang, bangsa, agama dan jantina. Oleh itu, guru perlulah menghormati hak para pelajar dan tidak meyentuh isu perkauman bagi membina suasana bilik darjah yang harmoni di dalam kelas. Sebagai seorang pendidik, guru merupakan insan yang memainkan peranan yang besar dalam membentuk jati diri dan disiplin pelajar. Menurut Perkins (1992) guru bukan sahaja mengorbankan masa, sumber, dan tenaga dalam pengajaran malah mereka turut meluangkan masa untuk perkembangan dan peningkatan kemahiran serta ilmu dirinya.
Dengan mengetahui keupayaan murid yang berbeza, akan memudahkan guru untuk menentukan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Misalnya menggunakan Model Ekspositori. Model ini bermaksud memberi penerangan yang jelas dan terperinci. Kaedah pembelajaran ini ialah dengan cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.

 Teknik ini harus dilakukan dengan baik bagi membantu pelajar mempunyai masa yang sistematik untuk belajar. Bukan hanya guru yang bertanggunjawab sepenuhnya terhadap masa pembelajaran pelajar, tetapi pelajar itu sendiri harus bijak menguruskannya. Pelajar sewajarnya mengimbangkan masa dengan baik diantara waktu belajar dan waktu riadah. Sistem pengurusan masa yang baik akan membantu pelajar untuk mengutamakan apa yang penting dahulu.

Pembelajaran ialah suatu proses untuk membentuk tingkah laku yang positif. Menurut Dr Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2005) menyatakan bahawa pengurusan tingkah laku ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Oleh itu, murid-murid telah didisiplinkan agar mengikuti dan mengamalkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah. Selain daripada itu, guru haruslah menunjukkan interaksi yang positif sepanjang persekolahan misalnya membetulkan tingkah laku murid yang salah semasa di dalam sekolah kepada tingkah laku yang betul dan terpuji. Terdapat pelbagai tenik tingkah laku berkesan yang boleh dilakukan antaranya peneguhan, dendaan, time out, pengasingan dan reverse psychology.

Kesimpulannya, ciri-ciri pengurusan pembelajaran ini seharusnya tidak dipandang enteng oleh guru dan pelajar. Hal ini kerana pengurusan pembelajaran di alam persekolahan ini akan membentuk jati diri pelajar yang berakhlak mulia, baik dan terpuji. 

RUJUKAN

  1. http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf 
  2. http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4186/1/NORFAZILA_BINTI_ABDUL_MALIK.pdf  
  3. https://markshah1998.blogspot.com/2019/05/mengurus-pembelajaran.html

No comments:

Post a Comment