Tuesday, 21 July 2020

CABARAN DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

SITI ZULAIKHA BINTI MOHD ZAINUDDIN
D20191088857
  • BERBILANG KAUM
Malaysia mempunyai pelbagai jenis kaum. Setiap kaum mempunyai Bahasa ibunda mereka sendiri. Mereka lebih cenderung menggunakan Bahasa ibunda mereka sendiri untuk berkomunikasi. Jika guru bercakap dengan laju, pelajar yang kurang fasih dalam Bahasa melayu akan tidak faham apa yang cuba guru sampaikan. Hal ini akan membuatkan pelajar tersebut akan tertinggal dalam mata pelajaran tersebut.
  • PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI
Sesetengah pelajar berasa malu untuk melakukan sesuatu perkara aktiviti, ini akan menyebabkan ramai pelajar tidak akan mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh guru. Walaupun mereka mempunyai bakat yang mendalam namun mereka berasa malu untuk menampilkan bakat mereka.
  • PELAJAR YANG LEMAH DALAM SESUATU SUBJEK
Pelajar yang lemah dalam sesuatu subjek ini akan menyebabkan mereka akan ketinggalan subjek tersebut. Selain itu, mereka juga berasa malu untuk bertanya dengan guru mereka. Mereka lebih selesa bertanyakan soalan dengan rakan rakan mereka.



No comments:

Post a Comment