Tuesday, 21 July 2020

KEPENTINGAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

MICHELINA ANAK MILET
D20191088803

PENGENALAN 

Pengurusan pembelajaran merupakan sesuatu perkara yang amat penting dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana, sesebuah sekolah memerlukan pengurusan yang baik ataupun sistematik bagi menjadikan sesebuah sekolah tersebut mencapai matlamat. Oleh hal yang sedemikian, para pelajar haruslah bekerjasama dengan pihak guru dalam melaksanakan perkara ini dengan baik. Pengurusan pembelajaran ini juga sangat memberi kesan kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Hal ini disebabkan oleh pengurusan pembelajaran bukan sahaja dilakukan di dalam bilik namun persekitaran sekolah juga. Pengurusan yang baik akan memberi impak yang positif terhadap sesekolah tersebut. Contohnya, dapat dinobatkan menjadi sekolah yang cemerlang. Oleh hal itu, pengurusan pembelajaran haruslah diurus dengan sistematik dan baik sekali

KEPENTINGAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

  • KEWUJUDKAN PEMBELAJARAN BERPUSAT

Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku dan percakapan. Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta teori diutarakan bagi memastikan proses pelajaran dan pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada para pelajar.
Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, ia bertujuan untuk menggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikiran aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberikan peluang kepada murid untuk memberi pendapat serta bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea yang kreatif serta mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid.
Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain daripada mereka menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza.

  • PEMBELAJARAN BOLEH DILAKUKAN DI MANA SAHAJA DAN PADA BILA-BILA MASA 

Dengan adanya teknologi yang semakin canggih pada masi kini, para pelajar dapat melakukan proses pelajaran dan pembelajaran bersama guru mereka sama ada di rumah mahupun di mana sahaja. Dengan menggunakan kaedah seperti ini, murid dan guru dapat berkomunikasi serta menimba ilmu sebaiknya. Hal ini kemudiannya akan dapat menjimatkan masa kedua-dua pihak iaitu guru dan juga para pelajar. Contohnya, apabila seseorang guru tersebut menghadiri suatu ceramah atau menghadapi masalah untuk mengajar di sekolah, maka dengan cara menggunakan teknologi ini lah beliau dapat menggantikan kelas beliau dengan para pelajar beliau. Di samping itu juga, hal ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Hal ini kerana masa dapat diurus dengan bijak serta ilmu ditimba dengan lancarnya. Hal juga kerana pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Namun hal yang sedemikian amatlah memerlukan kerjasama antara dua pihak iaitu guru dan juga pelajar.

  • MENINGKATKAN PRESTASI KECEMERLANGAN SESEBUAH SEKOLAH

Pengurusan pembelajaran juga amat penting dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan sesebuah sekolah. Hal ini juga memerlukan pelbagai peranan dari pihak sekolah serta kerjasama daripada para pelajar dalam menjayakan peningkatan prestasi kecemerlangan berlaku.Guru memainkan peranan yang amat penting dalam hal yang sebegini. Sebagai contoh, guru perlulah menjadi ‘role model’ kepada para pelajarnya serta menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Dalam pada yang sama, guru haruslah mengenalpasti kelemahan yang ada pada para pelajarnya tersebut. Daripada kelemahan yang dapat dikesan daripada pelajarnya tersebut, dari situ guru dapat memberikan tunjuk ajar yang lebih baik kepada pelajar tersebut. Contohnya, mengadakan sesi kaunseling, memberikan latihan dan sebagainya untuk meningkatkan prestasi pelajar tersebut.
Seterusnya, guru juga boleh menggunakan kaedah yang lain atau lebih kreatif untuk digunakan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, murid akan lebih aktif dalam menimba ilmu pelajaran serta dapat fokus dalam sesi pembelajaran. Hal ini juga turut akan membantu meningkatkan prestasi mereka meningkatkan dalam sesebuah subjek apapbila mereka fokus terhadap sesuatu pembelajaran tersebut.
Di samping itu, komunikasi antara guru dan murid juga merupakan salah satu perkara yang amat penting bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan seseorang pelajar. Hal ini demikian kerana, pada masa ini ramai para pelajar yang enggan memberikan pendapat atau bercakap di hadapan guru mahupun rakan-rakan mereka. Jadi, guru haruslah memainkan beliau dalam memperbaiki kelemahan yang ada pada pelajar beliau tersebut. Hal ini akan membantu mengelakkan para pelajar menjadi pelajar yang pasif dalam kelas.

RUMUSAN 


Dapat dirumuskan di sini bahawa pengurusan pembelajaran amatlah penting bagi sesebuah sekolah. Hal sedemikian adalah kerana pengurusan pembelajaran yang baik dan teratur akan menyumbang kepada peningkatan prestasi kecemerlangan sesebuah sekolah. Namun, hal ini juga memerlukan kerjasama daripada pihak guru dan pelajar dalam merealisasikan pengurusan pembelajaran yang baik. Tambahan pula, bukan sahaja pengurusan pembelajaran ini hanya difokuskan kepada bilik darjah sahaja malah persekitaran sekolah serta aktiviti kurikulum mahupun aktiviti luar pelajar juga turut diberi perhatian. Pendek kata, pengurusan pembelajaran ini adalah sesuatu pengurusan yang menguruskan situasi sesebuah sekolah.

RUJUKAN
  1. http://nazmralh.blogspot.com/2016/09/pengurusan-pembelajaran.html
  2. https://www.slideshare.net/arezamfisabilillah1/pengurusan-pembelajaran-kps3014
  3. https://c2l.home.blog/2018/09/20/8-3-kepentingan-sistem-pengurusan-pembelajaran/
  4. https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-8-sistem-pengurusan-pembelajaran-learning-management-system/8-3-kepentingan-sistem-pengurusan-pembelajaran

No comments:

Post a Comment