Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Kami daripada kumpulan 1 ingin membentang tentang Pengurusan Pembelajaran.
NAMA AHLI KUMPULAN
- MICHELINA ANAK MILET (D20191088803)
- IRENE ANAK JOHN (D20191088838)
- NOR SYAZWANI BINTI BAHARIN (D201910887857)
- SITI NORSUHAIDA BINTI MAZANI (D2019088738)
- SITI ZULAIKHA BINTI MOHD ZAINUDDIN (D20191088860)
LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut (SMKJ) yang berdiri
teguh dan menjadi kemegahan masyarakat di daerah ini adalah hasil daripada
usaha gigih masyarakat daerah ini sendiri. Ini adalah untuk melihat anak-anak
di daerah ini berpeluang mendapat pendidikan menengah.
Pada tahun 1930, Sekolah Rendah
Melayu telah diwujudkan di kampung-kampung daerah ini, seperti Sekolah Rendah
Tebing Tinggi, Sekolah Kebangsaan Teh, Sekolah Rendah Damak, Sekolah Rendah
Pedah, dan Sekolah Rendah Kampung Bahru. Di Sekolah Rendah Jerantut juga
diadakan kelas aliran Bahasa Inggeris.
Kemunculan sekolah rendah ini telah
mendorong guru-guru dan pemimpin masyarakat di daerah ini telah mendesak kerajaan
supaya mengadakan sebuah sekolah menengah. Sebelum penubuhan SMJ pada tahun
1966 murid-murid yang menamatkan pendidikan di sekolah bagi aliran Melayu dan
Inggeris pergi pula ke Sekolah Clifford di Kuala Lipis dan Sekolah Menengah Abu
Bakar di Kuantan. Oleh kerana jarak antara Jerantut dengan Kuala Lipis atau
Kuantan adalah yang menukarkan sekali. Ini menyebabkan ramai murid terlepas
peluang begitu sahaja. Hanya yang datang dari golongan yang berada sahaja
sanggup menghantar anak mereka untuk melanjutkan pelajaran di sekolah tersebut.
Di atas kesedaran inilah maka
guru-guru seperti Cikgu Dollah, Cikgu Abdul Rahman, Cikgu Jaafar, Cikgu
Jamalludin, dan lain-lain tidak berputus asa, secara berterusan memohon dari
kerajaan, negeri, dan pusat supaya menubuhkan sebuah sekolah peringkat
menengah.
Walaupun permohonan mereka ini
lambat ditunaikan oleh pihak pentadbiran, mereka tidak mudah mengalah. Dengan
inisiatif sendiri, mereka wujudkan kelas tingkatan satu secara menumpang di
sekolah masing-masing.
Dalam tahun 1964, tingkatan satu
dalam aliran Inggeris telah diwujudkan di Sekolah Rendah Inggeris Jerantut
(Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Jerantut). Dalam tahun 1965 telah ada tiga
kelas peringkat menengah di Sekolah Rendah Inggeris Jerantut iaitu dua kelas
tingkatan satu dan satu kelas tingkatan dua.
Dalam tahun 1965 juga tingkatan satu
Aliran Melayu (MDK) telah diwujudkan secara menumpang di sekolah-sekolah
seperti Sekolah Kebangsaan Bandar, Damak, Tebing Tinggi, dan Sekolah Kebangsaan
Pedah.